SPG MOBILE PHONE Downloadsoftware Telecom Press M-Health

Wednesday, 3 May 2017

Apa itu saham FCPO ? Kenapa orang kata senang buat duit ?


Investment ni dipanggil Futures Crude Palm Oil (FCPO), pasaran hadapan minyak sawit mentah.  Investment FCPO ni adalah syariah compliance menurut Security Commission (SC) Malaysia. So, boleh trade tanpa was-was. Biasanya, kita yang beginner ni kena masuk kelas belajar tentang asas FCPO (atau disebut juga CPO). Dari situ, kita akan didedahkan dengan cara memahami simbol, indicator, graf, analisa teknikal dan fundamental, juga do's and don'ts as a trader.

Dia bukan sama macam beli saham di stok market biasa, kita beli masa saham murah dan jual balik bila harga saham tu dah naik. Berbeza. Kalau yang suka main Forex, asas dia hampir sama. Modal permulaan untuk 1 lot sekarang ni dalam RM5,500 (nilai ni berubah-rubah dan ditentukan oleh Bursa Derivatif Malaysia – MDEX). Lepas tu, elok juga kita top-up lebih sikit untuk prepare "buffer" for margin call, let say dalam RM1,500 gitu. Lepas tu bolehlah kita pilih Future Broker Representative (FBR) yang akan tradekan order kita nanti.
FCPO ni aku fikir sesuai kalau kita ada lebihan duit yang kita sanggup hilang (the money that you willing to lose). Bukan maksud dia kita tak sayang duit, tapi duit yang kita sanggup laburkan untuk belajar teknik-teknik trading sampai pandai dan cekap. Objektif ni penting untuk kita minimakan risiko kerugian bila kita ingin menambah lot-lot pegangan dalam trading akan datang. Seandainya kita kekurangan modal, lebih baik fokus pada portfolio pelaburan lain yang lebih kurang risiko dan boleh dijangka pergerakannya. Saham dan stock market ni untuk mereka yang ready dari mental dan kewangan sahaja.

Yang paling mencabar sekali bila trade FCPO ni masa kita nak park order. Kita tak boleh predict apa akan jadi dengan pasaran waktu kita nak masuk. Hanya petunjuk-petunjuk (indicators), fundamental news, dan analisa teknikal (TA) yang dapat membantu sedikit sebanyak untuk kita buat keputusan. Semua ni akan ambik masa untuk seseorang tu benar-benar mahir membaca indicators dan memasuki pasaran pada masa yang tepat. Proses ni juga dipanggil "back test" atau "paper trade". Bila kita dah serasi dengan indicator-indicator yang dapat memberikan keputusan yang paling baik, barulah mudah untuk kita mengharungi cabaran investment FCPO.


Kemahiran membaca graf (chart), menggunakan indicators dan mengagak pergerakan pasaran dapat membantu kita dalam membuat order yang tepat. Disamping tu, jangan bersikap tamak haloba bila nak kaut untung. Just set berapa profit margin yang kita nak, once triggered, keluar dari market.yang paling kita takuti ialah market tidak seiring dengan petunjuk yang kita gunakan. Di sini kita kena set "cut loss" untuk minimakan risiko kerugian. Tak guna melawan trend pasaran, semata-mata "percaya" market akan kembali berubah mengikut prediction kita. Sebab tu orang sakit jantung, lemah semangat dan hypertension tak dinasihatkan main FCPO hehehehehe..


Disiplin trading ni kita kena develop seiring dengan emosi dan keupayaan berfikir secara waras. Kalau ada sifat geram, nak balas dendam dan tertekan, lebih baik kita tunggu sampai semua tu reda dulu sebelum masuk kembali membuat trade. Market bukan buka sehari je, tak best hari ni, esok masih ada.
Bestnya pasal FCPO ni, kalau kita dah pandai dan cekap dengan teknik-teknik yang dipelajari, dengan 1 lot sahaja, kita mampu untuk jana pulangan yang memberangsangkan. 1 point dalam FCPO bersamaan RM25.00. Jika kita berjaya mendapat untung sebanyak 4 points sehari, bermaksud RM100 telah kita perolehi. Perlu diingat, komisen FBR perlu ditolak dari jumlah keuntungan tersebut (komisen berbeza-beza antara FBR, antara RM25~RM50, bergantung). Jadi anda boleh congak sendiri berapa target untuk dicapai sebulan dari portfolio pelaburan ini.



Semuanya memerlukan pengetahuan, pemerhatian, fikiran yang tajam dan gerak naluri (instinct) yang tepat. Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Takut nanti tenggelam tak jumpa kubur….eeeeiiiiii… mintak dijauhkanlah 🙂



untuk belajar selok belok FCPO dan jadikan FCPO trading sebagai kerjaya, boleh rujuk disini >>> http://www.FCPO.co.nr




.

No comments:

Post a Comment